SISC+ KUALA PILAH KE ARAH PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Isnin, 3 November 2014

SEKOLAH AMANAH

Sekolah Amanah merupakan sekolah awam yang diurus secara bersama dengan pihak swasta. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih lagi mengawal sekolah tersebut. Pihak swasta yang terlibat adalah Khazanah Nasional Berhad di mana Yayasan AMIR yang akan menguruskannya.
Idea Sekolah Amanah timbul semasa pembentangan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010 oleh Perdana menteri YAB Dato’ Sri  Najib Tun Razak.
Objektif Sekolah Amanah
Antara fungsi pelaksanaan Program Sekolah Amanah ialah:
•             Melonjakkan prestasi sekolah
•             Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah
•             Menambahbaik proses penyampaian pengajaran
•             Menghasilkan lebih ramai guru cemerlang yang serba boleh
•             Meningkatkan pembangunan modal insan
•             Memupuk pemimpin masa depan melalui kecemerlangan pendidikan yang holistik .

Program Sekolah Amanah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjalankan program transformasi dalam persekitaran pembelajaran di sekolah awam melalui kerjasama bijak antara sektor awam dan swasta.
Program perintis bermula dengan 10 buah sekolah di Johor dan Sarawak pada 2011 dengan tumpuan menambah baik pengajaran.
·         Sekolah Kebangsaan Uda 2
·         Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangkar Pulai
·         Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah
·         Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu
·         Sekolah Kebangsaan Kampung Layau
·         Sekolah Menengah Sains Kuching
·         Sekolah Kebangsaan Combined
·         Sekolah Kebangsaan Tabuan
·         Sekolah Kebangsaan Empila
·         Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia.

Tiga buah sekolah baharu di Lembah Klang dimasukkan ke dalam Program Sekolah Amanah bermula tahun ini. Antara sekolah yang menjalani Program Sekolah Amanah bagi kohort 2 ialah:

·         Sekolah Convent Jalan Peel
·         Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
·         Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah


Setiap Sekolah Amanah Yayasan AMIR dibantu sepasukan Rakan Pendidik yang berganding bahu dengan kakitangan sekolah untuk menambah baik amalan kepimpinan dan juga kemahiran pengajaran. Sementara itu, Pengerusi LeapEd Services, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, program itu dirangka dengan tumpuan mengubah peranan guru dalam bilik darjah dan mentakrif semula konsep kerja rumah dan aktiviti bilik darjah.

Konsep Sekolah Amanah di luar negara

Di AS, Sekolah Amanah berfungsi menangani 'sekolah yang gagal' di kawasan yang 'paling sukar', memenuhi keperluan pelajar yang tidak mendapat cukup perhatian dan meningkatkan keseluruhan aspek persekolahan melalui persaingan.

Di UK pula, konsep yang sama dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan, seperti mana juga di India. Di Sweden, konsep yang sama telah berjaya merapatkan jurang pendidikan antara sekolah yang berprestasi tinggi dan sekolah yang berprestasi rendah khususnya di kawasan ramai anak penghijrah.

Di Malaysia di atas premis yang lebih kurang sama Yayasan Amir akan memilih berdasarkan kriteria berikut:

·         lima sekolah adalah berdasarkan prestasi yang rendah
·         tiga sekolah prestasi sederhana
·         dua buah sekolah prestasi tinggi

'Dengan pemilihan ini, akan mewujudkan rangkaian supaya sekolah berprestasi rendah boleh belajar daripada rakan mereka di tahap yang lebih baik.


Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil alih pengurusan dari penaja sekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.