Pada 26 dan 27 November yang lalu seramai 7 orang pegawai SISC+ PPD Kuala Pilah telah berpeluang menghadiri Mesyuarat Penjaminan Kualiti dan Pementoran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Hotel New York, Johor Bahru. Walaupun mesyuarat tersebut singkat tapi penuh bermakna dengan pengisian yang dapat menambah setitis ilmu sebagai pegawai SISC+. Peserta mesyuarat telah didedahkan dengan bentuk pentaksiran baharu yang bakal dimulai pada tahun 2016. Yang merenung, berfikir dan luas pandangan akan merasai apa yang tersirat disebalik singkatnya masa mesyuarat itu. Biar sebesar zarah sekalipun ilmu yang ditimba, kalau disebarkan, besar pahalanya.......
Khamis, 4 Disember 2014
Isnin, 3 November 2014
SEKOLAH AMANAH
Sekolah Amanah
merupakan sekolah awam yang diurus secara bersama dengan pihak swasta.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih lagi mengawal sekolah tersebut.
Pihak swasta yang terlibat adalah Khazanah Nasional Berhad di mana Yayasan AMIR
yang akan menguruskannya.
Idea Sekolah
Amanah timbul semasa pembentangan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010 oleh
Perdana menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun
Razak.
Objektif Sekolah
Amanah
Antara fungsi pelaksanaan Program Sekolah Amanah ialah:
• Melonjakkan
prestasi sekolah
• Meningkatkan
keberkesanan pengurusan sekolah
• Menambahbaik
proses penyampaian pengajaran
• Menghasilkan
lebih ramai guru cemerlang yang serba boleh
• Meningkatkan
pembangunan modal insan
• Memupuk
pemimpin masa depan melalui kecemerlangan pendidikan yang holistik .
Program
Sekolah Amanah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjalankan program
transformasi dalam persekitaran pembelajaran di sekolah awam melalui kerjasama
bijak antara sektor awam dan swasta.
Program perintis
bermula dengan 10 buah sekolah di Johor dan Sarawak pada 2011 dengan tumpuan
menambah baik pengajaran.
·
Sekolah Kebangsaan Uda 2
·
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangkar Pulai
·
Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah
·
Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu
·
Sekolah Kebangsaan Kampung Layau
·
Sekolah Menengah Sains Kuching
·
Sekolah Kebangsaan Combined
·
Sekolah Kebangsaan Tabuan
·
Sekolah Kebangsaan Empila
·
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia.
Tiga buah sekolah baharu di Lembah Klang dimasukkan
ke dalam Program Sekolah Amanah bermula tahun ini. Antara sekolah yang
menjalani Program Sekolah Amanah bagi kohort 2 ialah:
·
Sekolah
Convent Jalan Peel
·
Sekolah
Kebangsaan Desa Pandan
·
Sekolah
Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah
Setiap
Sekolah Amanah Yayasan AMIR dibantu sepasukan Rakan Pendidik yang berganding
bahu dengan kakitangan sekolah untuk menambah baik amalan kepimpinan dan juga
kemahiran pengajaran. Sementara itu, Pengerusi LeapEd Services, Tan Sri
Dzulkifli Abdul Razak berkata, program itu dirangka dengan tumpuan mengubah
peranan guru dalam bilik darjah dan mentakrif semula konsep kerja rumah dan
aktiviti bilik darjah.
Konsep
Sekolah Amanah di luar negara
Di AS, Sekolah Amanah berfungsi menangani
'sekolah yang gagal' di kawasan yang 'paling sukar', memenuhi keperluan pelajar
yang tidak mendapat cukup perhatian dan meningkatkan keseluruhan aspek
persekolahan melalui persaingan.
Di UK pula, konsep yang sama dapat
mengurangkan beban kewangan kerajaan, seperti mana juga di India. Di Sweden,
konsep yang sama telah berjaya merapatkan jurang pendidikan antara sekolah yang
berprestasi tinggi dan sekolah yang berprestasi rendah khususnya di kawasan
ramai anak penghijrah.
Di Malaysia di atas premis yang lebih kurang sama Yayasan
Amir akan memilih berdasarkan kriteria berikut:
·
lima
sekolah adalah berdasarkan prestasi yang rendah
·
tiga
sekolah prestasi sederhana
·
dua buah
sekolah prestasi tinggi
'Dengan pemilihan ini, akan mewujudkan rangkaian
supaya sekolah berprestasi rendah boleh belajar daripada rakan mereka di tahap
yang lebih baik.
Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang
telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) akan mengambil alih pengurusan dari penaja sekiranya sekolah gagal
mencapai prestasi yang ditetapkan.
Rabu, 15 Oktober 2014
Lawatan Penanda Aras
Pada hari Selasa yang lalu
bersamaan 14. 10.2014, pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah
telah berpeluang melawat salah sebuah Sekolah Amanah itu Sekolah Kebangsaan Desa Pandan di Kuala Lumpur. Lawatan ini telah
diketuai oleh Encik Zainal Abidin Bin Ahmad iaitu Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Kuala Pilah. Pihak PPD Kuala Pilah merakam jutaan terima kasih kepada
Puan Khalilah Bt Yahaya iaitu guru besar SK Desa Pandan kerana telah sudi
menerima kunjungi kami. Sebagai salah satu Sekolah Amanah di negara ini, banyak
kutipan idea yang dikongsi bersama. Lawatan ini juga disertai oleh pegawai
SISC+ di pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah. Antara yang hadir ialah En. Amran
Bin Bakar, En. Gan Cheok Guan, Puan Hajah Fadilah Binti Yaakob, Puan Zainab
Binti Othman, Pn. Norafizah Binti Alwi dan Cik Ruhil Hayati Binti Zulkafli.
Semoga lawatan penanda aras ini menjadi titipan ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir
dan bintang di malam yang gelap, dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang
dapat.
Saidina Ali k.w berkata kepada seseorang daripada sahabatnya:
"Wahai petugas! Ilmu itu lebih baik daripada harta kerana ilmu akan memeliharamu sedang engkau terpaksa menjajaga hartamu. Ilmu itu akan menjadi hakim sedang harta pula ditentukan oleh hakim. Harta akan berkurangan dengan sebab nafkah sedang ilmu pula akan subur apabila diajarkan".
Saidina Ali k.w berkata kepada seseorang daripada sahabatnya:
"Wahai petugas! Ilmu itu lebih baik daripada harta kerana ilmu akan memeliharamu sedang engkau terpaksa menjajaga hartamu. Ilmu itu akan menjadi hakim sedang harta pula ditentukan oleh hakim. Harta akan berkurangan dengan sebab nafkah sedang ilmu pula akan subur apabila diajarkan".
Ahad, 12 Oktober 2014
Isnin, 22 September 2014
Kemahiran, Guru dan Pelajar Abad ke-21
Dalam meniti abad ke- 21, kemahiran pedagogi menuntut
seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and
innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media
and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career
skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam
menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang
berikut;
• Kreativiti
dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran
kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and
Problem Solving)
• Komunikasi
dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat
(Information Literacy)
• Literasi
Media (Media Literacy)
• Literasi
Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT
(Information, Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti
dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
(Flexibility and Adaptability)
• Berinisiatif
dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self
Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural
Skills)
• Produktiviti
dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan
dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi
Rabu, 17 September 2014
Selamat Hari Lahir...
Selamat Hari Lahir kami ucapkan kepada Puan Noorzarina binti Abdul Karim. Semoga diberi kekuatan iman, kemurahan rezeki , kesihatan serta dipanjangkam umur untuk berbakti kepda agama, bangsa dan negara.
Selasa, 16 September 2014
SISC+ : Peranan dan Fungsi
Apa itu SISC?
Program SISC ataupun
dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement
Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak
awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang terpilih
(sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan
latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".
Guru-guru yang telah
mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau dan membimbing
guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6
dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau
sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi
oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh
dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru
sekolah.
Program ini telah
diadakan secara berperingkat, dan secara separuh masa oleh guru-guru Cemerlang
dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik. Impaknya perubahan
yang sangat positif diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan awam terutamanya
UPSR dan SPM.
Perbezaan SISC dan
SISC+
Rentetan daripada
kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama
NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh
masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun
berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program
ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.
Mengupaya JPN dan PPD
Kewujudan jawatan ini
juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan
sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD.
SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu.
Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan
juga bermesyuarat.
Buat sementara waktu
ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru
dalam aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn
sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan
sekolah.
Tugas SISC+
1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru
di sekolah
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD
untuk menyediakan latihan yang amat
diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus
untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah
4. Membimbing sejumlah guru (min 20 dan maks 30
orang) untuk tempoh sebulan; SISC+ bebas
untuk merancang bagaimana proses
bimbingan yang bakal dilaksanakan.
Langgan:
Catatan (Atom)