Apa itu SISC?
Program SISC ataupun
dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement
Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak
awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang terpilih
(sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan
latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".
Guru-guru yang telah
mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau dan membimbing
guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6
dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau
sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi
oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh
dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru
sekolah.
Program ini telah
diadakan secara berperingkat, dan secara separuh masa oleh guru-guru Cemerlang
dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik. Impaknya perubahan
yang sangat positif diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan awam terutamanya
UPSR dan SPM.
Perbezaan SISC dan
SISC+
Rentetan daripada
kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama
NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh
masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun
berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program
ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.
Mengupaya JPN dan PPD
Kewujudan jawatan ini
juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan
sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD.
SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu.
Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan
juga bermesyuarat.
Buat sementara waktu
ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru
dalam aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn
sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan
sekolah.
Tugas SISC+
1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru
di sekolah
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD
untuk menyediakan latihan yang amat
diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus
untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah
4. Membimbing sejumlah guru (min 20 dan maks 30
orang) untuk tempoh sebulan; SISC+ bebas
untuk merancang bagaimana proses
bimbingan yang bakal dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan