SISC+ KUALA PILAH KE ARAH PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Isnin, 22 September 2014

Kemahiran, Guru dan Pelajar Abad ke-21


Dalam meniti abad ke- 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;

•           Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
•           Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and
Problem Solving)
•           Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
•           Literasi Maklumat (Information Literacy)
•           Literasi Media (Media Literacy)
•           Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT
(Information, Communications and Technology) Literacy)
•           Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
(Flexibility and Adaptability)
•           Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self
Direction)
•           Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural
Skills)
•           Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
•           Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)


Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;

• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini

Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;

• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi



Rabu, 17 September 2014

Selamat Hari Lahir...

Selamat Hari Lahir kami ucapkan kepada Puan Noorzarina binti Abdul Karim. Semoga diberi kekuatan iman, kemurahan rezeki , kesihatan serta dipanjangkam umur untuk berbakti kepda agama, bangsa dan negara. 

Selasa, 16 September 2014

SISC+ : Peranan dan Fungsi

Apa itu SISC?

Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".
Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah. 
Program ini telah diadakan secara berperingkat, dan secara separuh masa oleh guru-guru Cemerlang dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik. Impaknya perubahan yang sangat positif diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan awam terutamanya UPSR dan SPM.

Perbezaan SISC dan SISC+ 

Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.

Mengupaya JPN dan PPD

Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat.
Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan sekolah.


Tugas SISC+

1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat 
    diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah

4. Membimbing sejumlah guru (min 20 dan maks 30 orang) untuk tempoh sebulan; SISC+ bebas 
    untuk merancang bagaimana proses bimbingan yang bakal dilaksanakan.

Ahad, 14 September 2014

Salam Perkenalan SISC+ PPD K. PILAH

SISC+ Kuala Pilah terdiri daripada 9 orang pegawai iaitu 3 orang SISC+ Bahasa Melayu, 3 orang SIC+ Bahasa Inggeris dan 3 orang SISC+ Matematik.

Pegawai-pegawai SISC+ Kuala Pilah

Bahasa Melayu

1. Encik Amran bin Bakar (Rendah )                                    
2. Encik Shamsudin bin Jamil (Rendah )                            
3. Puan Zainab binti Othman (Menengah )                                

Bahasa Inggeris

1. Puan Hajah Fadilah binti Hj. Yaacob ( Menengah )            
2. Puan Norjayanthimala binti Mahadzir Naidu ( Rendah )  
3. Cik Ruhil Hayati binti Zulkafli ( Rendah )                        

Matematik

1. Encik Gan Cheok Guan ( Menengah )                                    
2. Puan Norafizah binti Alwi ( Rendah )                              
3. Puan Noorzarina binti Abdul Karim (Rendah )                

Kesemua SISC+ ini bertanggungjawab terhadap 48 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah mengikut pengagihan yang telah diberikan.